Sunday, December 16, 2012

Pizza Tanpa Keju juga tanpa menggunakan avon.

Apa la ertinya piza tanpa keju kan?? .............
Sebenarnya boleh la di gelar 'roti sosej'.
Jangan pening-peing ke dapur, biasanya saya tak fikir sangat nak masak apa waktu kedapur, bila dah masuk dapur jengah-jengah apa ada saya terus mula operasi.
Kali ini saya tidak menggunakan avon, kenapa? kerana saja-saja buat eksperimen. Haha.. makanya mereka yang tidak punya avon pun boleh bikin kan?....

Oleh kerana ramai betul kawan-kawan yang berminat dengan resepi piza tanpa keju, apa salahnya saya bukukan disini, lebih mudah untuk dijadikan rujukan, InsyaAllah.

Langkah pertama ialah bikin doh roti piza.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 2 sudu makan yis kering [dibancuh dengan air suam]
  3. 1 sudu gula
  4. secubit garam
  5. 1 sudu mentega
  6. 2 sudu susu tepung
  7. sebiji kentang yang telah direbus dan di lenyek halus.
cara-cara membuat roti:
  • satukan semua bahan diatas dan digaul sebati menggunakan tangan.
  • masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh [jika adunan melekat teruskan menguli sehingga tidak melekat, jika terlebih mekat-lekat silalah tambah tepung]
  • menguli hendaklah lama sedikit... errr... boleh rasa adunan macam suam-suam..
  • letakkan adunan dalam periuk dan tutup  rapat.
  • perap dalam 15minit.


Sambil tunggu 15 minit, boleh la sediakan bahan-bahan untuk topping.
bahan-bahan yang saya gunakan ialah bahan-bahan yang sedia ada dalam peti.. kalian bolaeh tambah apa-apa yang kalian suka seperti jeruk zaitun, nanas, cendawan dan sebagainya.

  1. 3 batang sosej dihiris nipis
  2. hirisan bawang besar
  3. sos tradisi prego
  4. dan mayonis

  • Apabila doh yang diperap tadi sudah naik / mengembang, bentukkan doh bulat dan leper untuk roti piza.
  • letakkan sos prego dan mayonis
  • taburkan sosej dan hirisan bawang [juga bahan-bahan lain jika ada]
  • ini resepi tanpa keju, jika berkeju boleh la taburkan keju di lapisan atas sekali.
  •  Resepi kali ini saya menggunakan dapur gas biasa untuk membakar.
  • letakkan piza diatas non-stik pan, tutup dan bakar dengan api perlahan selama 20-30 minit [sehingga roti piza kekuninggan.


yang ini versi roti nipis.. nak buat tebal boleh, nipis lagi pun boleh, ikut suka tukang buat dan juga selera yang tukang makannya juga diutamakan ;)






bakar dengan api perlahan dan pastikan ditutup ketika membakar

Siap dihidang untuk sarapan pagi. 
[Jika adunan berlebihan boleh lah bikin donut sekali. Terus ja bentuk-bentukkan dan perap sehingga adunan naik. dah naik bolehla goreng dalam api perlahan. hidangkan dengan gula halus]

sekian untuk kali ini. sekian..

Thursday, June 21, 2012

Marble Cheese cake

Alhamdulillah, petang ini saya dapat membikin kek dengan seorang teman. Ini merupakan marble cheese saya yang  ke-4, blh kira lagi sebab sebelum ni buat cheese kek sahaja..

belah dua, untuk tetamu sebahagiannya..

alhamdulillah, saya puas hati resepi yang ini...
**masih dengan cara sendiri

bahan-bahan dan cara membuatnya:

*untuk lapisan bawah:
1 cawan tepung gandum
serbuk koko    1 cawan
gula 3/4 atau satu cawan
soda bikarbonat 1/2 sudu teh
baking powder 1/2 sudu teh
1 biji telur
3 sudu besar susu tepung @ 1/2 cawan susu cair/segar
1/2 cawan air panas
1/2 cawan minyak bunga

cara membuat lapisan bawah;
  1. masukkan tepung gandum, serbuk koko, gula, soda bikarbonat, baking powder, susu tepung dan juga telur dalam satu bekas, kacau rata menggunakan senduk kayu/ sudu
  2. masukkan air panas dan ratakan
  3. masukkan minyak sayur dan kacau rata
  4. masukkan di dalam loyang yang telah dialas dengan aluminium foil
  5. bakar 20minit / 30 minit
**bahan lapisan atas:
250gm cream cheese
200gm whipping cream
2 keping cheddar
2 biji telur
2 atau 3 sudu gula
1/2 biji jus lemon

cara membuat lapisan bawah:
  1. pukul (menggunakan mixer) kream keju/ cheese cream, masukkan telur.. pukul lagi.. masukkan gula dan pukul lagi
  2. panaskan cheddar dengan sedikit air, bila dah cair masukkan dalam bahan-bahan tadi dan pukul segera..
  3. masukkan jus lemon dan whipping cream, pukul rata..
  4. [jika suka boleh masukkan 2 sudu tepung gandum/ tepung jagung.. saya x masukkan tepung untuk resepi kali ini]
  5. setelah kesemuanya rata, masukkan adunan atas lapisan bawah yang sekurang-kurangnya sudah 20 minit dibakar, masukkan perlahan-lahan dan sambung bakar selama 30minit.
  6. setelah selesai dibakar, sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk supaya lapisan keju boleh dipotong.. potong apabila keseluruhan kek telah sejuk.
Untuk hiasan saya gunakan bleuberry sauce yang di beli di kedai menjual bahan-bahan kuih/kek/roti ^_^


*suhu dan jangkamasa bagi sesetengah avon kadang-kadang tidak sama.. avon saya hanya dengan suhu 130dc sudah cukup panas untuk membakar kek.. kalau lebih nanti cepat ja hangus tapi dalam tak masak lagi..


*selamat mencuba*

Tuesday, March 6, 2012

Bebola ikan bikin sendiri

Kadang-kadang kita nak lauk yang simple tapi masih membuka selera.
Biasa terjadi pada saya setelah 2-3 hari berkari, bersambal, berlemak, berkicap... macam-macam lagi resepi kita..

Biasanya saya akan alih menu dengan ikan bakar, sup cendawan atau lain2 sayuran. Tidak jauh beza dengan resepi saya hari ini, ikan goreng, sambal kicap dan sup sawi berbola ikan. Semenjak duduk Dungun ni, memang mudah dapat ikan segar, hari-hari jumpa ikan segar, tak seperti di johor, rasanya ikan baru naik.. tapi tetap tak sama macam ikan disini.. betul2 jernih dan keras, kalau digoreng cepat ja tergolk biji mata dia yg putih melepak..

okeh. Resepi bebola ikan:
bahan-bahan yang saya gunakan,

  1. 2 ekor ikan kembung
  2. sedikit garam
  3. sedikit tepung ubi [ikut keperluan]
  4. serbuk lada putih
  5. lada hitam kisar
mari kita membikin...


Asingkan isi ikan dari tulangnya...



Kisar isi ikan tanpa air/ tumbuk isi ikan tadi. [saya kisar guna pengisar kering]
adun isi ikan dengan garam, lada hitam dikisar, serbuk lada sulah,dan sedikit tepung ubi. Kesemua bahan hendaklah bersesuaian dengan isi ikan. Jangan guna terlalu banyak tepung kerana bebola ikan boleh keras setelah direbus.



Rebus isi ikan yang telah diadun dan di bulat-bulatkan dalam air gelegak hingga kesemuanya terapung. Angkat dan toskan.
Bebola ikan siap untuk resepi berikutnya.


Sup sawi dengan bebola ikan.

masih panas/berasap~


Selamat mencuba, terutama rakan-rakan yang bertanya dan dikasihi.. ;)

Tuesday, July 12, 2011

Kek Butter ~ asas membuat kek mudah.

Sebenarnya (bagi saya) membuat kek tidaklah susah.. janji kita faham asas dia.. tepung, telur, majerin (ada yang  tak payah ada majerin/mentega pun boleh jadi kek), serbuk penaik... kalau dah guna tepung kek tu tak perlulah serbuk penaik tu... lagi.. gula... lepas tu baru lah campurannya kita nak apa.. pisang? kelapa? pandan? oren? coklat? kacang ka, kismis... apa-apa la.. asam manis pun bulehhhh... (apa sahaja yang boleh dimasukkan dalam kek).

Macam kek butter ni sebenarnya hanya perlu menggunakan bahan asas kek iaitu butter, telur, tepung. serbuk penaik dan gula. Saya tambah coklat untuk belang, boleh guna pewarna jika mahu.


suhu kenalah bersesuaian dengan avon masing-masing.. setiap avon mungkin x sama..
macam avon saya ni suhu 130 sudah cukup panas untuk kek, kalau lebih, luar rentung, dalam x masak..

naik 2 kali ganda, bukan seganda..




Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bokarbonat
1 sudu kecil baking powder
250gm butter (1 buku)
1 cawan penuh gula / lebihkan sedikit
4 sudu besar susu tepung
3 sudu besar serbuk koko
5 biji telur gA

cara-cara:

  1. Kisar gula dan ketepikan.
  2. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan susu tepung.
  3. [Dalam bekas lain] dengan menggunakan mixer, pukul butter hingga lembut, masukkan gula yang telah dikisar halus, masukkan telur. Pukul lagi hingga sebati kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di ayak.
  4. asing adunan kepada 2 bahagian.
  5. masukkan serbuk koko yang telah di ayak/tapis kedalam satu bahagian dan ratakan.
  6. Panaskan avon.
  7. sapu loyang dengan sedikit minyak menggunakan kertas tisu.
  8. masukkan 2 senduk adunan yang tidak berwarna kedalam loyang. Kemudian letak 2 senduk adunan coklat keatasnya (tindih atas yang tidak berwarna) ulangi hingga selesai. Jika adunan tinggi macam gunung tidak mengapa. JANGAN hentak loyang atau goyangkan loyang untuk meratakan adunan. Ini adalah kerana adunan akan rata setelah panas di dalam avon. bakar selama 50 minit / 1 jam.

selamat mencuba.

*biasanya kalau kita tengok resepi dia guna soda bikarbonat/ baking powder (salah satu darinya). Saya suka letak kedua-duanya kerana 'perasan' saya kek akan naik dengan lebih molek dan cantik. Tapi awas, jangan letak banyak, nanti rasa kek jadi lain macam. :)

Monday, May 23, 2011

Serbuk kunyit (home made)

Beberapa minggu lalu saya cuba buat serbuk kunyit dengan sendirinya..

Caranya mudah sahaja, bahan yang diperlukan hanya kunyit idup seperti gambah dibawah yang tidak jelas itu...


kunyit dibersihkan kemudian dibuang kulit. Hiris nipis-nipis dan letakkan atas dulang. Jemur dibawah terik mentari.. ecewah...

kunyit yang telah kering.

Tempoh jemuran : tengah hari hingga menjelang petang.. mungkin cuaca terlalu panas, rangup terus kunyit tu.. bila dah kering macam tu, kisar kering hingga kesemuanya halus. Oleh kerana saya bikin tak banyak mana, maka susah juga nak halus, halus dan bercampur dengan yang kurang halus.. yang kurang halus tu pun tak de la kasar sangat..



Hasilnya sangat saya berpuas hati kerana rasanya yang segar itu.... dari itu, rasa macam tak mau beli kunyit serbuk di kedai lagi... macam mau bikin sendiri ja lepas ni~

Kepada kalian, cubalah sendiri.. x susah pun... sambil-sambil ngadap tv ka... buleh ja buat..
selamat mencuba..

Wednesday, April 27, 2011

Bikin sendiri air soya

Air soya yang dibuat sendiri tentulah berbeza keenakkannya (perasannya/ perasaannya) :)
Buat air soya ni mudah ja tau... cuma rajin tak rajin... eh, tak rajin pun blh buat sebab senang ja... hihihi...



Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. kacang soya 250gm
  2. 1liter air
  3. gula
  4. daun pandan
cara membuatnya:
  • rendam kacang soya selama 4 jam
  • tos dan kisar
  • masak dengan 1 atau 1.5 liter air (bergantung kepada kepekatan yang anda suka..), masukkan sekali daun pandan yang disimpul. Masak hingga mendidih ~ kena kacau selalu supaya susu cantik dan tidak berkerak
  • setelah masak bolehla ditapis (seelok-eloknya gunakan tapis kain)
  • isi dalam bekas dan letak gula ikut tahap kemanisan yang anda suka..

Seelok-eloknya masak kacang soya dengan daun pandan. Saya pernah buat tak letak daun pandan, baunya tak berapa best berbanding yang letak daun pandan boleh kurangkan bau soya yang pekat.

selamat mencuba.

Monday, April 25, 2011

Roti Telur Hotdog

Lagi... menu sarapan pagi yang mudah.. ringkas dan cepat.


Ok, saya cuba terangkan dengan riskas supaya kalian juga rasa ianya ringkas!

Bahan-bahan dan cara menyediakan;
  • roti disalut dengan telur dan bakar atas kuali dengan beberapa titis minyak.
  • hotdog (saya beleh dua) dimasak/ goreng dengan sedikit minyak
  • salad / apa-apa sayuran yang ingin anda letak contohnya seperti, lobak merah, timun, kobis ataupun tomato. Hiris dan satukan dengan mayonis.
ok, susun bahan-bahan keatas roti telur sertakan dengan sedikit sos lada.
sarapan yang ringkas dan mudah bukan... :)