Sebenarnya boleh la di gelar 'roti sosej'.
Jangan pening-peing ke dapur, biasanya saya tak fikir sangat nak masak apa waktu kedapur, bila dah masuk dapur jengah-jengah apa ada saya terus mula operasi.
Kali ini saya tidak menggunakan avon, kenapa? kerana saja-saja buat eksperimen. Haha.. makanya mereka yang tidak punya avon pun boleh bikin kan?....
Oleh kerana ramai betul kawan-kawan yang berminat dengan resepi piza tanpa keju, apa salahnya saya bukukan disini, lebih mudah untuk dijadikan rujukan, InsyaAllah.
Langkah pertama ialah bikin doh roti piza.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- 3 cawan tepung gandum
 - 2 sudu makan yis kering [dibancuh dengan air suam]
 - 1 sudu gula
 - secubit garam
 - 1 sudu mentega
 - 2 sudu susu tepung
 - sebiji kentang yang telah direbus dan di lenyek halus.
 
- satukan semua bahan diatas dan digaul sebati menggunakan tangan.
 - masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh [jika adunan melekat teruskan menguli sehingga tidak melekat, jika terlebih mekat-lekat silalah tambah tepung]
 - menguli hendaklah lama sedikit... errr... boleh rasa adunan macam suam-suam..
 - letakkan adunan dalam periuk dan tutup rapat.
 - perap dalam 15minit.
 
bahan-bahan yang saya gunakan ialah bahan-bahan yang sedia ada dalam peti.. kalian bolaeh tambah apa-apa yang kalian suka seperti jeruk zaitun, nanas, cendawan dan sebagainya.
- 3 batang sosej dihiris nipis
 - hirisan bawang besar
 - sos tradisi prego
 - dan mayonis
 
- Apabila doh yang diperap tadi sudah naik / mengembang, bentukkan doh bulat dan leper untuk roti piza.
 - letakkan sos prego dan mayonis
 - taburkan sosej dan hirisan bawang [juga bahan-bahan lain jika ada]
 - ini resepi tanpa keju, jika berkeju boleh la taburkan keju di lapisan atas sekali.
 - Resepi kali ini saya menggunakan dapur gas biasa untuk membakar.
 - letakkan piza diatas non-stik pan, tutup dan bakar dengan api perlahan selama 20-30 minit [sehingga roti piza kekuninggan.
 
yang ini versi roti nipis.. nak buat tebal boleh, nipis lagi pun boleh, ikut suka tukang buat dan juga selera yang tukang makannya juga diutamakan ;)
bakar dengan api perlahan dan pastikan ditutup ketika membakar
Siap dihidang untuk sarapan pagi. 
[Jika adunan berlebihan boleh lah bikin donut sekali. Terus ja bentuk-bentukkan dan perap sehingga adunan naik. dah naik bolehla goreng dalam api perlahan. hidangkan dengan gula halus]
sekian untuk kali ini. sekian..
No comments:
Post a Comment
pot pet pot pet dalam dapur