Wednesday, April 27, 2011

Bikin sendiri air soya

Air soya yang dibuat sendiri tentulah berbeza keenakkannya (perasannya/ perasaannya) :)
Buat air soya ni mudah ja tau... cuma rajin tak rajin... eh, tak rajin pun blh buat sebab senang ja... hihihi...



Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. kacang soya 250gm
  2. 1liter air
  3. gula
  4. daun pandan
cara membuatnya:
  • rendam kacang soya selama 4 jam
  • tos dan kisar
  • masak dengan 1 atau 1.5 liter air (bergantung kepada kepekatan yang anda suka..), masukkan sekali daun pandan yang disimpul. Masak hingga mendidih ~ kena kacau selalu supaya susu cantik dan tidak berkerak
  • setelah masak bolehla ditapis (seelok-eloknya gunakan tapis kain)
  • isi dalam bekas dan letak gula ikut tahap kemanisan yang anda suka..

Seelok-eloknya masak kacang soya dengan daun pandan. Saya pernah buat tak letak daun pandan, baunya tak berapa best berbanding yang letak daun pandan boleh kurangkan bau soya yang pekat.

selamat mencuba.

Monday, April 25, 2011

Roti Telur Hotdog

Lagi... menu sarapan pagi yang mudah.. ringkas dan cepat.


Ok, saya cuba terangkan dengan riskas supaya kalian juga rasa ianya ringkas!

Bahan-bahan dan cara menyediakan;
  • roti disalut dengan telur dan bakar atas kuali dengan beberapa titis minyak.
  • hotdog (saya beleh dua) dimasak/ goreng dengan sedikit minyak
  • salad / apa-apa sayuran yang ingin anda letak contohnya seperti, lobak merah, timun, kobis ataupun tomato. Hiris dan satukan dengan mayonis.
ok, susun bahan-bahan keatas roti telur sertakan dengan sedikit sos lada.
sarapan yang ringkas dan mudah bukan... :)

Thursday, April 21, 2011

Rojak Petis

Resepi ini nampak macam susah kan? sebenarnya senang ja... tak caya moh bikin:


\
eh, pecal ke petis?? petis ke pecal?? hurm sungguh tak arif... tau bikin dan makan ja... hahah!!

Bahan-bahan untuk kuah;

  1. 1 cawan kacang tanah (disangai dengan sedikit minyak kemudian dibuang kulit dan dikisar halus dan kasar) letak dalam satu bekas bertutup
  2. cili padi - ikut suka nak banyak mana (saya guna 6 tangkai jenis cili padi yg merah menyala tu)
  3. setangkai lada hidup merah/hijau
  4. sedikit belacan bakar (sikit ja dalam sebesar duit 10sen tu)
  5. 1/2 cawan jus asam jawa (agak-agak ya banyak mana masamnya)
  6. 2 sudu gula pasir dan 4 sudu gula merah (juga agak-agak ikut kita nak manis mana)
  7. Kicap pekat ikut kuah banyak mana, jangan banyak sangat nanti perisa lari
Cara-cara membuat kuah:
  • Kisar cili padi, lada hidup, belacan bakar dengan 1/2 cawan air jus asam jawa. Letakkan dalam satu bekas dan kacaukan dengan gula pasir dan gula merah, kemudian masukkan kicap pekat dan kacau rata. Saya buat dapat dalam semangkuk 450ml kuah/ 2 cawan.
Untuk bahan-bahan isi :
Sebenarnya buat ikut suka kita... kita suka ada apa dalam rojak ni? kangkung? toge? nenas?
Kalau sayur macam kacang panjang, toge atau kangkung kenalah kita celur dulu / rebus sekejap.
Kalau sengkuang, timun dan nenas tu kita hiris-hiris je la...
Dan buah-buahan seperti apple, jambu batu, lai ke... kita hiris-hiris juga..
Lagi... tempe dan tahu hendaklah kita goreng dulu kemudian baru potong-potong.

Seperti saya, saya gunakan 4 batang kacang panjang di potong-potong dan direbus sedikit.
Sebatang timun, sebiji epal merah dibuang kulit, sebiji epal hijau, 1/4 biji sengkuang dan 4 keping tahu.. (hah, simple ja kan... itu yang ada dalam peti saya yang sesuai saya taram)

***cara menghidangnya supaya bahan-bahan kekal sedap, kita hidang ikut banyak mana kita nak makan... jangan gaul kesemuanya, nanti berair campur kuah jadi kureng rasanya.
  • Masukkan sedikit kuah dalam satu bekas, letakkan sedikit kacang kemudian gaul sebati, letakkan bahan-bahan isi pula kedalam bekas dan gaul sebati lagi. Letakkan kedalam mangkuk / pinggan dan taburkan lagi kacang. Ha, makan le... sedapnya hingga menjilat jari... heh heh.. (kot ya guna jari...)

Harap penerangan ini cukup membantu dan tak perlu saya huraikan lebih lagi.. namun, jika terdapat sebarang pertanyaan silalah tinggalkan komen kalian.

Dari itu, selamat mencuba :)

Thursday, April 14, 2011

Buger

Untuk sarapan pagi yang mudah, kita sediakan buger ok juga :)
Mai cuba..

Bahan-bahan:
daging buger
roti buger
salad, kobis, carrot dan timun (bergantung apa yang ada)
bawang besar
untuk rencah cukup dengan apa yang ada dlm dapur kita seperti kicap, sebuk kari, lada putih, sos dan mayonis.

cara menyediakan:
potong dua roti buger, sapu sedikit dengan mentega dan bakar depan belakang sekejap. ketepikan.

masukkan daging buger dalam kuali dengan 1/2 sudu minyak kerana daging tersebut akan mengeluarkan minyak dan air.
sambil tu bolehla potong-potong timun, bawang, carrot atau tomato kalau ada..
balik-balikkan daging dan belah ditengahnya (bila daging separuh masak memang senak nak belah tengah atas kuali) guna pisau atau sudip yang tajam pun bulehhh... letakkan sedikit kicap, serbuk kari dan lada putih ditengah-tengahnya, tutup  dan masak lagi. Bila daging cukup bolehlah diangkat.

siap dihidangkan dengan bahan-bahan yang lain...



Mudah sahaja kan... mudah dan cepat...
Selamat mencuba~

Sambal belacan mangga

Sambal belacan beserta dengan mangga juga pembuka selera. Tok sah nasi panas, nasi sejuk pun jalannnn...
:)

bahan-bahan:

5 biji cili padi
2 biji lada merah/hijau
sesudu belacan bakar
secubit garam
mangga dihiris2

cara menyediakan:
tumbuk cili padi hingga lumat diikuti lada merah/hijau, masukkan belacan, tumbuk lagi.. masukkan mangga pula ditumbuk ala-ala mengaul sebati asal mangga tak lumat... letak secubit garam dan gaul rata lagi. pindahkan sambal tadi kedalam piring yang sesuai, sedia dihidangkan.


secukup rasa, manis, masin, masam, pedas.... fuh!! meleleh... hahahahHH!!!
selamat mencuba~

Wednesday, April 13, 2011

Sambal Ikan bilis tumbuk dan tumis.

Resepi ni saya ambil dari ibu saya, kegemaran seisi rumah masa zaman kanak-kanak hingga masa ini. Kalau ikut resepi ibu, ibu tak guna bawang putih dan tak letak garam, masin bergantung pada ikan bilis yang kita letak. Tapi, sambal ni memang sedap, pembuka selera walaupun tadak lauk lain :)

Bahan-bahan:

Segengam lada kering (potong dan rendam dengan air panas)
8 biji bawang kecil (saya guna bawang besar yang warna dia pekat tu.. 2 biji)
2biji bawang putih
segengam ikan bilis / lebih
sedikit garam

cara membuat:
tumbuk lada kering dahulu, diiringi yang lain-lain hingga hampir lumat dan tumis. Letak garam. Tunggu sehingga semua bahan cukup masak dan bolehla tutup api.`



macam ni la rupa dia lepas tumbuk-tumbuk kasar, bawang, ikan bilis malah lada juga tak lumat... hahahah!! pemalas ya?? bukan malas, tapi macam ni rasa dia sedap tau.. ;)



(eh, lepas edit macam gelap sikit lah.... hahah..)

Dihidang dengan nasi panas atau cicah dengan cekodok dan ubi rebus.... ummm....

selamat mencuba~