Thursday, April 14, 2011

Buger

Untuk sarapan pagi yang mudah, kita sediakan buger ok juga :)
Mai cuba..

Bahan-bahan:
daging buger
roti buger
salad, kobis, carrot dan timun (bergantung apa yang ada)
bawang besar
untuk rencah cukup dengan apa yang ada dlm dapur kita seperti kicap, sebuk kari, lada putih, sos dan mayonis.

cara menyediakan:
potong dua roti buger, sapu sedikit dengan mentega dan bakar depan belakang sekejap. ketepikan.

masukkan daging buger dalam kuali dengan 1/2 sudu minyak kerana daging tersebut akan mengeluarkan minyak dan air.
sambil tu bolehla potong-potong timun, bawang, carrot atau tomato kalau ada..
balik-balikkan daging dan belah ditengahnya (bila daging separuh masak memang senak nak belah tengah atas kuali) guna pisau atau sudip yang tajam pun bulehhh... letakkan sedikit kicap, serbuk kari dan lada putih ditengah-tengahnya, tutup  dan masak lagi. Bila daging cukup bolehlah diangkat.

siap dihidangkan dengan bahan-bahan yang lain...



Mudah sahaja kan... mudah dan cepat...
Selamat mencuba~

No comments:

Post a Comment

pot pet pot pet dalam dapur