belah dua, untuk tetamu sebahagiannya..
alhamdulillah, saya puas hati resepi yang ini...
**masih dengan cara sendiri
bahan-bahan dan cara membuatnya:
*untuk lapisan bawah:
1 cawan tepung gandum
serbuk koko 1 cawan
gula 3/4 atau satu cawan
soda bikarbonat 1/2 sudu teh
baking powder 1/2 sudu teh
1 biji telur
3 sudu besar susu tepung @ 1/2 cawan susu cair/segar
1/2 cawan air panas
1/2 cawan minyak bunga
cara membuat lapisan bawah;
- masukkan tepung gandum, serbuk koko, gula, soda bikarbonat, baking powder, susu tepung dan juga telur dalam satu bekas, kacau rata menggunakan senduk kayu/ sudu
- masukkan air panas dan ratakan
- masukkan minyak sayur dan kacau rata
- masukkan di dalam loyang yang telah dialas dengan aluminium foil
- bakar 20minit / 30 minit
**bahan lapisan atas:
250gm cream cheese
200gm whipping cream
2 keping cheddar
2 biji telur
2 atau 3 sudu gula
1/2 biji jus lemon
cara membuat lapisan bawah:
- pukul (menggunakan mixer) kream keju/ cheese cream, masukkan telur.. pukul lagi.. masukkan gula dan pukul lagi
- panaskan cheddar dengan sedikit air, bila dah cair masukkan dalam bahan-bahan tadi dan pukul segera..
- masukkan jus lemon dan whipping cream, pukul rata..
- [jika suka boleh masukkan 2 sudu tepung gandum/ tepung jagung.. saya x masukkan tepung untuk resepi kali ini]
- setelah kesemuanya rata, masukkan adunan atas lapisan bawah yang sekurang-kurangnya sudah 20 minit dibakar, masukkan perlahan-lahan dan sambung bakar selama 30minit.
- setelah selesai dibakar, sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk supaya lapisan keju boleh dipotong.. potong apabila keseluruhan kek telah sejuk.
Untuk hiasan saya gunakan bleuberry sauce yang di beli di kedai menjual bahan-bahan kuih/kek/roti ^_^
*suhu dan jangkamasa bagi sesetengah avon kadang-kadang tidak sama.. avon saya hanya dengan suhu 130dc sudah cukup panas untuk membakar kek.. kalau lebih nanti cepat ja hangus tapi dalam tak masak lagi..
*selamat mencuba*